Friday, August 1, 2008

Hubungan Etnik

AGAMA DAN HUBUNGAN ETNIK
Bagaimana pengetahuan tentang kepelbagaian agama dapat membantu dalam mewujudkan perhubungan etnik yang harmoni?
1- Membina kesedaran mengenai kepelbagaian.
􀂃 Memahami nilai dan kepercayaan sendiri dan orang lain.
􀂃 Membangunkan kesedaran tentang setiap individu.
􀂃
2- Meneroka intipati ajaran setiap agama
􀂃 Apakah nilai murni (konteks kemanusiaan- bukan ketuhanan) yang boleh dikongsi bersama
􀂃 Seperti Ilmu pengetahuan
􀂃 Kebebasan
1
􀂃 Pemesyuaratan
􀂃 Keadilan
􀂃 Persaudaraan dan kasih sayang
3- Membina kemahiran sosial yang asas seperti
• Perkenalan
• Persefahaman (terutama dalam amalan keagamaan)
• Mewujudkan keinginan untuk bermuafakat
• Saling bantu membantu
• Semangat persaudaraan
• Menangani konflik
• Komunikasi
• Menangani stress
2
3

Pengantar Pengurusan

JTW 101 Pengantar Pengurusan

BAB 1 - Pengenalan Kapada Pengurusan

Pengurusan – melibat organisasi, pengurus dan kakitangan, dan mengerjakannya.

Organisasi – suatu entiti sosial terdiri daripada dua/lebih manusia yang bekerja secara bersama. Matlamatnya untuk mencapai hasil tertentu iaitu keuntungan, kenaikan gaji, memberi kepuasan sosial dlln. Sebuah organisasi mesti bermatlamat, tugas-tugas dibahagikan serta tanggungjawab diagihkan kapada ahli organisasi.

Kenapa Organisasi Diperlukan – sebab ia melibat tiga sudut:

i) Sudut masa lampau – organisasi mengaitkan manusia dengan masa dahulu. Ia memperlihatkan corak perhubungan kita iaitu ia mengimbas kembali diri kita dengan organisasi berkaitan seperti universiti/kumpulan. Ia berfungsi sebagai setor menyimpan rekod dan maklumat terdahulu, yang membolehkan kita menyemak kembali kejadian masa lampau.

ii) Sudut masa kini – organisasi mengeluarkan produk dan perkhidmatan yang dapat meningkatkan taraf hidup manusia.

iii) Sudut masa akan dating – organisasi membantu manusia membina masa hadapan yang lebih cerah melalui pembentukan produk, perkhidmatan dan amalan baru yang lebih berfaedah.

Kesan positif/negative oleh organisasi sememangnya berlaku terhadap isu-isu seperti rawatan penyakit, pembangunan kampong dlln.

Definisi Pengurusan

Pengurusan merujuk kapada proses pencapaian matlamat mengikut cara yang berkesan dan cekap melalui fungsi perancangan, pengorganisasian, kepimpinan, dan pengawalan.

Pengurus adalah individu yang menjalankan fungsi tersebut atas sumber manusia – aset terpenting organisasi – kewangan, fizikal dan maklumat organisasi. Pengurus bertanggungjawab menyelia kerja-kerja subordinatnya. Jika pengurus gagal melaksanakan fungsi berkaitan dengan cekap dan berkesan, matlamat organisasi tidak akan tercapai.

Dua konsep dikaitkan dengan prestasi iaitu:

Kecekapan – merujuk kapada amaun sumber seperti bahan mentah, wang untuk mencapai matlamat organisasi.

Sesebuah organisasi dikatakan cekap jika mengguna sumber yang minima tanpa pembaziran untuk menghasilkan suatu produk/servis berkualiti.

Keberkesanan – merujuk kapada darjah sejauh mana organisasi telah mencapai matlamat yang ditetapkannya.

Jenis-Jenis Pengurus

Pengurus bertanggungjawab ke atas jabatan yang berbeza, bekerja pada peringkat yang berbeza dalam hierarki organisasi.

Pengurus boleh dibezakan secara menegak atau mendatar.

  1. Menegak mengikut peringkat-peringkat dalam hierarki
  2. Mendatar merujuk kapada perbezaan dari skop aktiviti yang terlibat

Who Are Managers

A manager coordinates and oversees the work of other people in order to accomplish organizational goals. This is not about personal achievement but helping others do their work. It could involve coordinating the work activities of a team comprising of people from different departments or those outside the organization – suppliers’ employees. To classify managers, we have a pyramid-shaped structure because more employees usually exist at lower organizational levels than at upper levels. Managers are connected to first-line, middle or top.






First-Line Managers – the lowest level of management, manage the work of nonmanagerial employees who are involved with producing the organization’s products/servicing the customers. They often have the title of supervisor, they may also be called department managers or office managers.

Middle Managers include all levels of management between the first level and the top level. These managers with the titles of project leader, plant manager or division manager manage the work of first-line managers.

Top Managers – can be at/near the upper levels of the organizational structure. They are responsible for making organizational decisions and establishing the goals and plans of the entire organization. They carry such titles as president, managing director, CEO or chairperson.

What is Management?

Management involves coordinating and overseeing the work of others, and is needed to ensure that work activities are completed efficiently and effectively by the people responsible for doing them.

Management Functions

The basic management functions are:

i. planning – define goals, establish strategies for achieving those goals, and develop plans to integrate and coordinate activities.

ii. organizing – arranging and structuring work to accomplish goals by managers i.e. managers determine what tasks are to be carried out, who is to do them, how the tasks are to be grouped, who reports to whom, and where decisions are to be made.

iii. leading - working with and through people to accomplish organizational goals, since every organization includes people. Leading involves activities such as motivating subordinates, resolving group conflicts, selecting the most effective communication channel or any other actions involved in dealing with people.

iv. controlling - managers must monitor and evaluate performance to ensure that goals can be met. Actual performance must be compared with the previous goals, and any deviations on work performance must be placed back on track. This is a process of monitoring, comparing, and correcting.

Dua kategori pengurus telah dikenalpasti:

Pengurus Fungsian (functional manager)

Beliau bertanggungjawab atas jabatan yang melaksanakan aktiviti-aktiviti bidang fungsian dan mempunyai pekerja yang mempunyai latihan dan kemahiran yang serupa. Contoh, Ketua Jabatan Kewangan adalah bertanggungjawab atas penerimaan gaji para pekerja pada masa tertentu dan amaun spesifik.

Pengurus Besar (General Manager)

Beliau bertanggungjawab atas operasi unit yang kompleks, seperti sebuah syarikat yang meliputi beberapa jabatan yang melaksana fungsi yang berbeza iaitu beliau menyelia pengurus fungsian.

Pada masakini semakin banyak firma mengecilkan saiz dan mengurangkan lapisan pengurusan, maka lebih ramai pengurus projek diperlukan. Pengurus projek bertanggungjawab atas pengurusan am, dan amat memerlukan kemahiran kemanusiaan untuk menyelaras manusia yang berbeza supaya dapat mencapai matlamat projek.

Pengurus lini (line managers) bertanggungjawab atas jabatan pengeluaran dan pemasaran, sementara pengurus staf (staff managers) bertanggungjawab atas jabatan yang menyokong jabatan lini seperti sumber manusia.

Peranan Pengurusan

Terdapat tiga kategori peranan iaitu interpersonal, informasional dan pembuatan keputusan.

  1. Peranan Interpersonal – melibat dengan orang lain, dan merangkumi peranan tunggak, pemimpin dan penghubung.
  2. Peranan Informasional – boleh mewujudkan suatu rangkaian perhubungan, dan ia dikaitkan dengan peranan pengawas, penyebar, dan jurucakap.
  3. Peranan Pembuatan Keputusan – pengurus di sini perlu membuat pilihan dan mengambil tindakan, dan ia meliputi peranan sebagai usahawan, pengendali masaalah, pengagih sumber, dan jururunding.

Kemahiran Pengurusan

Tiga kategori diperlukan untuk mengurus:

  1. Konseptual – merujuk kapada kebolehan kognitif untuk melihat organisasi secara menyeluruh dan perkaitannya dengan bahagiannya. Kemahiran ini melibat pemikiran, pemprosesan maklumat, dan membuat perancangan. Pengurus di sini mempunyai pandangan yang luas dan untuk jangka panjang. Kemahiran konseptual lebih banyak diperlukan oleh pengurus atasan.
  2. Kemanusiaan – kebolehan bekerja dan melalui orang lain serta bekerja dengan berkesan sebagai ahli kumpulan. Kemahiran ini diperlukan oleh setiap pengurus tanpa mengira peringkat/skop aktivitinya, seperti kebolehan memotivasi, menyelaras, memimpin dan menyelesai masaalah/konflik. Dengan kemahiran ini seorang pengurus dapat memahami dan mengatasi masaalah yang dihadapi oleh kakitangannya.
  3. Teknikal – merangkumi penguasaan kaedah, teknik dan peralatan, berkaitan dengan fungsi spesifik seperti kejuruteraan atau kewangan. Ia juga meliputi pengetahuan khusus, kebolehan analitikal termasuk penggunaan peralatan dan teknik secara cekap. Selalunya kemahiran ini amat diperlukan oleh pengurusan peringkat bawahan.

BAB 2 – Evolusi Disiplin Pengurusan

Disiplin pengurusan di sini membincangkan teori dan pendekatan oleh sarjana dan ahli teori pada akhir abad ke 19 hingga ke 21 ini.

Empat perspektif telah diklasifikasi:

  1. Perspektif Klasikal – yang meliputi pengurusan saintifik, organisasi birokratik, dan prinsip pentadbiran. Perspektif ini menekankan cara mengurus kerja dan organisasi dengan lebih efisien.

Frederick Winslow Taylor – yang digelar ‘Bapa Pengurusan Saintifik’ berpendapat bahawa produktiviti buruh boleh ditambahbaik secara saintifik. Kajian kerja melalui kajian masa, dan pembentukan piawaian serta insentif bagi prestasi pekerja.

Empat prinsip pengurusan saintifik oleh beliau ialah:

i. Kaji dan Bentuk

ii. Pilih dan Latih

iii. Kerjasama

iv. Tugas dan Tanggungjawab

Organisasi Birokratik

Mengikut Max Weber organisasi boleh diuruskan dengan cekap jika pengurusan bersikap impersonal, rasional serta mengikut autoriti dan bertanggungjawab.

Terdapat lima ciri Organisasi Birokratik iaitu:

  1. Pengkhususan Kerja – setiap kerja dibahagikan kapada tugas rutin
  2. Hierarki – pejabat dan jawatan disusun
  3. Meritokrasi – pemilihan dan kenaikan pangkat berdasarkan prestasi
  4. Peraturan dan prosedur formal
  5. Impersonal

14 Prinsip Pengurusan Henri Fayol

  1. Perspektif Perlakuan

Mary Parker Follett

Beliau menekankan prinsip “kuasa bersama, bukan kuasa ke atas” iaitu kuasa dikongsi melalui kerjasama antara mejikan dan pekerja. Beliau berpendapat kumpulan boleh mengawal aktiviti mereka tanpa kawalan penyelia, dan menyarankan penyelesaian konflik secara integrasi yang membawa kapada kepuasan kedua belah pihak. Ini menunjukan jika semua bahagian bekerjasama matlamat organisasi akan tercapai.

Kajian Hawthorne – para penyelidik disini merumuskan peningkatan produktiviti berlaku kerana perhatian istimewa yang diterima iaitu gaya penyeliaan – dari bentuk mengarah kapada memahami – dan bukan dari upah, makanan percuma dlln.

Abraham Maslow

Douglas McGregor – menerangkan pendapatnya melalui Teori X dan Teori Y.

Teori ini telah mengubah cara pengurus berfikir dan berurusan dengan pekerja mereka.

  1. Perspektif Kuantitatif – berfokus atas penggunaan matematik, statistik, dan maklumat.

Pengurusan Operasi – adalah bidang kepakaran yang bertanggungjawab dalam pengeluaran produk dan pemberian servis. Bahagian pengeluaran yang mengamal pengurusan operasi melibat reka bentuk proses produksi, pembelian bahan mentah, penjadualan pekerja, setor dan penghantaran produk.

  1. Perspektif Kontemporari

Pengurusan Jepun

Teori dan pendekatan Barat tercabar apabila sebuah negara timur dapat bersaing dengan mereka dari segi produktiviti dan kualiti. Inilah pengurusan Jepun yang telah dapat perhatian dan menjadi ikutan/adaptasi kapada Barat.

Teori Z

Teori ini adalah perbandingan pengurusan Jepun dan Amerika Syarikat oleh Willian Ouchi. Beliau menggabungkan ciri positif kedua-dua pengurusan seperti melibatkan pekerja dalam pembuatan keputusan, menekankan tanggungjawab kumpulan, kenaikan pangkat berkadar, kawalan informal, dan meningkatkan kualiti.

BAB 3 – Persekitaran Luaran Organisasi

Seorang pengurus yg. berkesan selalunya menghadapi persekitaran luaran supaya dapat menyambung operasi perniagaan tertentu. Unsur luaran secara langsung seperti pelanggan, pembekal, pesaing atau badan kerajaan yg. akan membuat permintaan tertentu daripada organisasi.

Persekitaran Luaran dan Kepentingannya

Perubahan telah meluas seperti perubahan teknologi yang memberi kemudahan mengurus kerja serta mendapat pengetahuan melalui maklumat global. Organisasi mempunyai beberapa peranan yang dapat memberi kepuasan kapada pengguna dan komuniti secara langsung atau tidak langsung. Pada masakini organisasi perlu beri tumpuan kapada pengharapan pihak berkepentingan.

1. Persekitaran Spesifik – kuasa dan institusi yang membawa kesan secara langsung terhadap tindakan pengurus. Setiap organisasi adalah berlainan dari segi persekitaran spesifik disebabkan oleh perubahan seperti ekonomi negara, cara pengurusan, cuaca dlln. Dengan ini seorang pengurus patut peka terhadap persekitaran.


Pihak Berkepentingan Dalaman

Pekerja – golongan terpenting dalam pengurusan/organisasi.

Perubahan sosial atau demografi lebih menyuliti pengurusan sumber manusia. Pekerja akan menaruh keyakinan terhadap pengurusan serta menjalankan tugas dengan sempurna apabila kehendak mereka difahamkan dan dilindungi oleh majikan. Pada masakini syarikat dikehendaki memberi perhatian terhadap kehendak, minat dan potensi pekerja yang mahir serta mempunyai pengetahuan bernilai.

Pihak Berkepentingan Luaran

Pelanggan – boleh datang sebagai seorang individu, sebuah badan kerajaan atau bukan kerajaan, kontraktor atau pengeluar. Menjadi satu kebiasaan bagi pelanggan memberi sumber wang mereka untuk memperoleh barangan atau perkhidmatan.

Seorang pengurus organisasi yang mengeluar suatu barangan perlu mendapat maklumat berkenaan kumpulan yang memerlukan produk tersebut untuk meluaskan pasaran serta terus meningkat dalam industri berkaitan. Pada waktu ini pelanggan mempunyai banyak pilihan. Untuk melindungi pasaran tersebut, strategi berkesan yang memberi tumpuan kapada kualiti, penerbitan harga, promosi dlln. perlu digunakan.

Oleh kerana persaingan dan untuk menarik lebih pelanggan, didapati beberapa peruncit di Malaysia memberi tambahan nilai iaitu jaminan tambahan.

Pembekal – menentukan organisasi menerima bahan mentah, peralatan dan juga perkhidmatan sampingan secara berterusan supaya dapat memenuhi permintaan pelanggan. Dewasa ini, perkongsian bekalan adalah dipraktik untuk memudahkan perancangan simpanan stik dan perolehannya.

Kumpulan Pendesak – ditubuhkan oleh individu/kumpulan seperti Sahabat Alam, Persatuan Pengguna dlln. yang sanggup berjuang mempertahankan hak asasi kemanusiaan, untuk menyedar orang ramai yang mereka berhak menyuarakan pendapat mereka terhadap sesuatu tindakan. Kecenderungan perbuatan sedemikian ada masanya membawa kesan negatif kapada pihak bersangkutan.

Pesaing – pengurus boleh mendapat suatu kekuatan untuk memperkukuhkan pasaran organisasi apabila mereka mengenali pesaing dan mengetahui cara mereka berurusan. Pengurus juga dapat meningkat kemahiran untuk pengurusan strategi, dengan menyedari dan memahami strategi berkesan yang diguna oleh pesaing seperti kewangan, pemasaran, dan pengeluaran. Pendekatan cekap untuk lebih mengenal aspek produk/perkhidmatan yang digemari ialah melalui cadangan dan maklumbalas pelanggan pesaing. Cara sedemikian boleh meningkatkan nilai tambahan produk/perkhidmatan yang membantu pengurus organisasi mengekalkan pelanggan lama, sementara menarik minat pelanggan baru.

2. Persekitaran Am – adalah unsur-unsur yang mempengaruhi keadaan/persekitaran aktiviti organisasi, tetapi bukan secara langsung.

Persekitaran Antarabangsa

Sebahagian persekitaran luaran berasal daripada kejadian negara asing dan juga peluang yang dinikmati oleh firma beroperasi di negara asing. Persekitaran tersebut membentuk pesaing, pelanggan dan pembekal baru termasuk kewujudan aliran sosial, ekonomi, dan teknologi.

Teknologi

Organisasi kerajaan dan bukan kerajaan Malaysia, dan di luar negara boleh terus meningkat reka bentuk program perisian melalui e-mel, internet dan sebagainya. Ini menunjukan pelbagai aspek teknologi diperkenalkan oleh persekitaran teknologi. Kemudahan tersebut adalah penting untuk organisasi memperoleh maklumat terkini, iaitu kemudahan ke arah perkembangan. Ahli organisasi memerlui kaedah teknologi maklumat supaya tidak ketinggalan pengetahuan untuk meningkat prestasi dan kerjaya mereka.

Sosio budaya – unsurnya dalam persekitaran luaran mengenali aliran dan corak kehidupan masyarakat dari segi keperluan harian dan masa hadapan mereka. Organisasi perlu menyedia struktur yang boleh menyesuaikan perubahan aliran sosio budaya dengan masyarakat kita.

Ekonomi

Undang-Undang dan Politik

Organisasi tempatan atau asing yang mahu perniagaan mereka berpanjangan mesti kenal dan mematuhi sistem perundangan, dan memahami politik negara operasinya. Unsur perundangan yang wajib adalah perundangan syarikat, pekerjaan, KWSP, SOCSO, cukai pendapatan, visa serta perundangan pekerjaan dan sebagainya. Ini termasuk perundangan negeri dan persekutuan. Pengurus yang mengenal corak pentadbiran negara dan amalannya dapat memelihara kedudukannya dan keadaan organisasi keseluruhannya.

Mengurus Persekitaran Menyeluruh

Pengurus mesti sensitif terhadap perubahan persekitaran tempatan dan global untuk mengurus persekitaran menyeluruh. Mereka juga perlu peka dengan keperluan serta minat manusia berkenaan persekitaran semulajadi.